NOTICE ON PROCESSING CREDIT INFORMATION
As a credit reporting agency registered under the Credit Reporting Agencies Act 2010 ("Act"), One Credit Malaysia processes credit information in compliance with the Act. The purpose of this notice is to provide notice about the processing of credit information by us or on our behalf, including, without limitation, the nature of such credit information, its intended uses, its source, to whom the credit information is disclosed to, and the rights regarding that information. For the purpose of this Notice, unless the context otherwise requires or unless otherwise defined under this Notice, terms used herein shall have the meanings ascribed to them in the Act.
Description of Credit Information Being Processed
The credit information we may collect and process includes financial and shareholding data such as the identities and background of company's shareholders, including, without limitation:
- Shareholder's names, identity card number or other identity number and address;
- Shareholdings;
- Shareholder credit histories (where applicable);
- Shareholder involvement in other business entities;
Legal or financial obligations related to shareholders including litigation information (where applicable). Legal or financial obligations related to shareholders including litigation information (where applicable).
Purpose of Credit Information Processing
We collect, use, disclose and otherwise process credit information described above for the following purposes:
- Assessing creditworthiness;
Assisting financial institutions and Subscribers in making informed credit-related decisions;
Providing credit and trade reference reports, and credit monitoring services to third parties including Subscribers;
- Monitoring changes in the shareholding and financial standing;
Conducting audits, reviews and analysis of our internal processes, action planning and managing commercial risks;
Complying with any applicable rules, laws and regulations, codes of practice or guidelines or to assist in law enforcement and investigations by relevant authorities;
Managing our business operations and complying with our internal policies and procedure;
- Responding to queries, requests and complaints;
- Any other purpose relating to any of the above.
Source of Credit Information
The source of information we process on an individual, company and its shareholders or directors include, but is not limited to publicly available records, credit providers, credit service providers, debt collectors, Bank Negara Malaysia, information provided by Subscribers and data directly provided by you. This may include information from company statutory filings, shareholder agreements, and credit reports.
Disclosure of Credit Information to Third Parties
One Credit Malaysia may disclose credit information to the following parties:
Parties who have obtained your consent for such disclosure including Subscribers, such as financial institutions and credit providers, and other users of our services. These authorized parties access your information for purposes such as opening of account, pre-screening a prospective client, customer, supplier, contractor or employment, debt recovery, legal documentation, evaluating credit applications and providing trade references;
Any person or authority to whom we are compelled or required to do so under law, court order or in response to a competent or government agency;
- Our subsidiaries and affiliates;
Our business partners and affiliates that provide the services that you have opted for or related services or products in connection with our website, portal, mobile site and/or application;
Our agent, sub-contractor, service provider, auditors, consultants, accountants, lawyers or other financial or professional advisers.
Limiting the Processing of Your Credit Information
Subject to the following paragraph, you have the right to request to limit the processing of your credit information. If you wish to limit certain aspects of the processing, please contact us and specify the types of processing you wish to restrict.
Obligation to Provide Credit Information
In certain circumstances, it may be obligatory for you to provide credit information, such as when applying for credit or financial services. Failure to provide this information could impact the ability to process your application or delay services. We will inform you of the obligations regarding information provision at the time of collection.
Accessing and Correcting Your Credit Information
You have the right to access your credit information we process and to correct any inaccurate or incomplete credit information and credit report. Should you wish to exercise this right, please email us at helpdesk@onecredit.my and we will provide a Data Verification Request Form to be completed by you. We may refuse to comply with your request subject to and in accordance with the Act.
Summary of Your Rights
You have a range of rights regarding the processing of its credit information, including rights to access, correction, and limitation of data processing under the Act. A Summary of Rights document detailing these rights is set out in One Credit Malaysia website.
Changes to the Notice
We reserve the right to revise, amend or update this notice from time to time, including, without limitation, making necessary changes to reflect updates in the law, our business practices and procedures.
Contacting Us for Inquiries
If you have any inquiries, concerns, or complaints in respect of your credit information being processed, you may contact our Customer Service Department. Our team will be happy to assist you with any inquiries and will respond promptly to any concerns.
Email: helpdesk@onecredit.my
Mailing Address: 25-7, Menara EcoWorld, 2, Jalan Hang Tuah Bukit Bintang, City Centre, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
This notice is written in both Bahasa Malaysia and English languages. Should there be any inconsistencies between the Bahasa Malaysia version and the English version, the English version shall prevail.
NOTIS PEMPROSESAN MAKLUMAT KREDIT
Sebagai agensi pelaporan kredit yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 ("Akta"), One Credit Malaysia memproses maklumat kredit selaras dengan peruntukan Akta. Tujuan notis ini adalah untuk memberikan makluman mengenai pemprosesan maklumat kredit oleh kami atau bagi pihak kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jenis maklumat kredit tersebut, tujuan penggunaannya, sumbernya, kepada siapa maklumat tersebut didedahkan, serta hak-hak anda berkenaan maklumat tersebut. Untuk tujuan Notis ini, melainkan konteks sebaliknya memerlukan atau melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Notis ini, istilah-istilah yang digunakan hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang diperuntukkan di bawah Akta.
Huraian Maklumat Kredit yang Diproses
Maklumat kredit yang mungkin dikumpulkan dan diproses oleh kami termasuk data kewangan dan pemegangan saham seperti identiti dan latar belakang pemegang saham syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Nama, nombor kad pengenalan atau nombor pengenalan lain dan alamat pemegang saham;
- Pegangan saham;
- Sejarah kredit pemegang saham (jika berkenaan);
- Penglibatan pemegang saham dalam entity perniagaan lain;
Kewajipan undang-undang atau kewangan berkaitan pemegang saham termasuk maklumat litigasi (jika berkenaan).
Tujuan Pemprosesan Maklumat Kredit
Kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memproses maklumat kredit yang dinyatakan di atas untuk tujuan-tujuan berikut:
- Menilai kelayakan kredit;
Memudahkan institusi kewangan dan Pelanggan untuk membuat keputusan berkaitan kredit yang berinformasi;
Menyediakan laporan rujukan kredit dan perdagangan serta perkhidmatan pemantauan kredit kepada pihak ketiga termasuk Pelanggan;
- Memantau perubahan dalam pemegangan saham dan kedudukan kewangan;
Menjalankan audit, semakan dan analisis proses dalaman kami, perancangan tindakan dan pengurusan risiko komersial;
Mematuhi sebarang peraturan, undang-undang dan peraturan berkaitan, kod amalan atau garis panduan yang terpakai atau membantu pihak berkuasa dalam penguatkuasaan undang-undang dan siasatan;
- Mengurus operasi perniagaan kami dan mematuhi dasar serta prosedur dalaman kami;
- Menjawab pertanyaan, permintaan dan aduan;
- Apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan mana-mana perkara di atas.
Sumber Maklumat Kredit
Sumber maklumat yang kami proses mengenai individu, syarikat dan pemegang saham atau pengarah syarikat termasuk tetapi tidak terhad kepada rekod awam, penyedia kredit, penyedia perkhidmatan kredit, pemungut hutang, Bank Negara Malaysia, maklumat yang diberikan oleh Pelanggan dan data yang diberikan secara langsung oleh anda. Ini termasuk maklumat daripada pemfailan statutori syarikat, perjanjian pemegang saham, dan laporan kredit.
Pendedahan Maklumat Kredit kepada Pihak Ketiga
One Credit Malaysia boleh mendedahkan maklumat kredit kepada pihak-pihak berikut:
Pihak yang telah memperoleh kebenaran anda untuk pendedahan tersebut termasuk Pelanggan seperti institusi kewangan dan penyedia kredit, serta pengguna lain perkhidmatan kami. Pihak-pihak yang dibenarkan ini boleh mengakses maklumat anda untuk tujuan seperti pembukaan akaun, penilaian awal pelanggan, pembekal, kontraktor atau pekerja yang berpotensi, pemulihan hutang, dokumentasi undang-undang, penilaian permohonan kredit dan pemberian rujukan perdagangan;
Mana-mana individu atau pihak berkuasa yang kami diwajibkan atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang, perintah mahkamah atau sebagai respon kepada agensi kerajaan atau berkuasa yang kompeten;
- Anak syarikat dan syarikat berkaitan kami;
Rakan perniagaan dan sekutu kami yang menyediakan perkhidmatan yang anda pilih atau perkhidmatan atau produk berkaitan yang ditawarkan melalui laman web, portal, laman mudah alih dan/atau aplikasi kami;
Ejen, subkontraktor, penyedia perkhidmatan, juruaudit, perunding, akauntan, peguam atau penasihat kewangan atau profesional kami yang lain.
Mengehadkan Pemprosesan Maklumat Kredit Anda
Tertakluk kepada perenggan berikut, anda berhak untuk meminta agar pemprosesan maklumat kredit anda dihadkan. Jika anda ingin mengehadkan aspek tertentu dalam pemprosesan, sila hubungi kami dan nyatakan jenis pemprosesan yang ingin anda hadkan.
Kewajipan Memberi Maklumat Kredit
Dalam keadaan tertentu, anda mungkin diwajibkan untuk memberikan maklumat kredit, contohnya semasa memohon kredit atau perkhidmatan kewangan. Kegagalan untuk memberikan maklumat ini boleh menjejaskan keupayaan untuk memproses permohonan anda atau menyebabkan kelewatan dalam perkhidmatan. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang kewajipan pemberian maklumat ini semasa pengumpulan maklumat.
Mengakses dan Membetulkan Maklumat Kredit Anda
Anda berhak untuk mengakses maklumat kredit anda yang kami proses dan membetulkan sebarang maklumat kredit atau laporan kredit yang tidak tepat atau tidak lengkap. Jika anda ingin melaksanakan hak ini, sila e-mel kepada kami di helpdesk@onecredit.my dan kami akan menyediakan Borang Permintaan Pengesahan Data untuk dilengkapkan oleh anda. Kami mungkin menolak untuk mematuhi permintaan anda tertakluk kepada dan selaras dengan Akta.
Ringkasan Hak Anda
Anda mempunyai pelbagai hak berkaitan pemprosesan maklumat kredit anda, termasuk hak untuk mengakses, membetulkan dan mengehadkan pemprosesan data di bawah Akta. Dokumen Ringkasan Hak yang memperincikan hak-hak ini boleh didapati di laman web One Credit Malaysia.
Perubahan kepada Notis
Kami berhak untuk menyemak semula, meminda atau mengemas kini notis ini dari semasa ke semasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada, membuat perubahan yang perlu untuk mencerminkan kemas kini dalam undang-undang, amalan perniagaan dan prosedur kami.
Menghubungi Kami untuk Sebarang Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan berkaitan pemprosesan maklumat kredit anda, anda boleh menghubungi Jabatan Khidmat Pelanggan kami. Pasukan kami sedia membantu dan akan memberikan maklum balas dengan segera.
- E-mel: helpdesk@onecredit.my
- Alamat Surat Menyurat: 25-7, Menara EcoWorld, 2, Jalan Hang Tuah Bukit Bintang, City Centre, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Notis ini ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.